header

cup1

fb like

T3M4N J!H4D

Thursday, October 6, 2011

[ WAJIB TAHU ] Panduan Mengenal Barangan Diperbuat Daripada Kulit Babi

assalamualaikum dan salam kunjungan...

kali ni aku nk kongsi entri pasal Panduan Mengenal Barangan Diperbuat Daripada Kulit Babi...
pasai aku ase ramai yang xtau camana ciri2 kulit babi ni,bagi kita sbagai umt islam ni wajib tau ni menda2 ni...

Rata-rata kita tahu bahawa kulit babi banyak digunakan dalam produk-produk atau barangan yang diperbuat daripada kulit. Kalau tidak diperhatikan betul-betul, mungkin kita akan terbeli barangan tersebut. Oleh itu, kalau nak membeli barangan kulit, eloklah dibelek-belek dulu luar dan dalam supaya tidak terbeli barangan daripada kulit babi.

Mungkin juga ramai yang sudah tahu cara mengenal kulit babi ini, walau bagaimanapun eloklah kita kongsi bersama info ini, untuk kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti sama ada kasut kulit atau barangan lain seperti tali pinggang, sarung telefon bimbit, beg tangan, purse, wallet dan lain-lain yang dijual diperbuat daripada kulit babi?
Petuanya, perhatikan betul-betul corak pada kulit kasut atau barangan tersebut, dan jika anda menjumpai corak 3 titik yang seragam, kemungkinan besar ia adalah kulit babi.














Cara untuk mengesyaki ialah:

1. Harganya lebih murah daripada kasut atau barangan kulit yang lain.
2. Kebiasaannya kulit babi ini dipasang pada bahagian dalam kasut atau beg tangan sebab ia lembut, kadang-kadang agak tersorok.
3. Paling banyak didapati pada kasut kanak-kanak perempuan.
4. Banyak juga terdapat pada beg tangan, purse (sebelah dalam), kasut wanita (perhatikan betul-betul kerana produk yang ada brand pun banyak menggunakan kulit babi ni) dan sandal lelaki.


P/S.. ce cek kasot or barangan anda skang...
aku penah tekena..

b'hati-hati yer time mbeLi...

No comments:

Post a Comment