header

cup1

fb like

T3M4N J!H4D

Tuesday, December 27, 2011

Biodata Sultan Muhammad V [ Sultan Kelantan ]







Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong , merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan.

Tengku Muhammad Faris Petra, 42, putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai “kita”, telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai “kita”.

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat yang dikenali sebagai berbaju “gumbang”, berkopiah putih ketika melawat rakyat.

Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Okt 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I di sini sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England, sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Sultan Muhammad V, yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di masa lapang gemar membaca, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda adalah Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) dan turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin A’ishah Putri, 27.

Baginda merupakan satu-satunya sultan yang menukar perkataan Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar.

'Saya tukar Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar supaya pelafaznya dapat pahala'.
-Sultan Muhammad V

Baginda hanya membahasakan dirinya sebagai saya sahaja dan bukannya beta seperti sultan-sultan lain.

Sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

(sumber : Blog Rojak)

Monday, December 26, 2011

Ayam Tanpa Bulu Telah Dihasilkan Manusia???






Seorang ahli genetika Israel, Avigdor Cahaner, menghasilkan genetik ayam tak berbulu pertama di dunia di fakultas genetika Rehovot Agronomy Institute dekat Tel Aviv, Israel.


Ayam dengan kulit telanjang diciptakan dengan perkawinan silang antara Ayam Broiler dengan spesies ayam yang memiliki leher tak berbulu.
Idea di belakang pembangunan ayam telanjang ini bertujuan menghasilkan spesis ayam yang lebih berkesan, iaitu ayam yang boleh bertahan hidup di negara-negara beriklimpanas, dengan kata lain ayam yang akan menjimatkan kos penyelenggaraan ayam proses.
Dan tentu saja, ayam ini tidak memerlukan pencabutan bulu sebelum diolah, sehingga mengurangkan kos pengeluaran di kilang pemprosesan.



Namun banyak yang menentang inovasi genetik ayam tak berbulu ini dan mengatakan bahawa perubahan tidak mendapat manfaat haiwan, dan pada kenyataannya kemungkinan untuk membuat hidup ayam-ayam tanpa bulu ini lebih buruk.
Profesor Avigdor Cahaner, membela ayam generasi bugil ini dengan mengatakan,
“Ini bukan ayam rekayasa genetika, itu berasal dari keturunan alam yang karakteristiknya telah dikenal selama 50 tahun, saya hanya membantunya untuk cepat tumbuh. Ayam broiler ini ayam normal, kecuali untuk fakta ia tidak memiliki bulu.”
Para saintis juga berharap generasi baru akan tumbuh lebih cepat kerana tidak perlu menggunakan tenaga untuk menuumbuhkan bulu di tubuhnya, sehingga ayam akanmemfokuskan makanan yang diserapnya untuk dijadikan daging sehingga ayam bolehlebih gemuk.



Berita tentang ayam berbulu pertama kali munculpada tahun 2002, dan sejak itu tidak ada lagi perkara baru yang didengar. Kurangnya keluar di media tentang ayam khusus menunjukkan bahawa penciptaan Mr Cahaner itu tidak pernah berkembang biak secara komersial.



Inovasi genetik ayam tanpa bulu ini sebenarnya telah dilakukan sejak 2002, dan minimanya berita perkembangan baru tentang ayam tanpa bulu ini menunjukkan genetik ayam tanpa bulu ini tidak boleh dikembangkan untuk pasaran komersil.

::P/S: Ayam tanpa bulu ini lebih banyak keburukannya kerana ianya lebih menyiksa haiwan itu sendiri jika ianya sejuk haiwan itu tidak dapat menahan diri lalu mati..Ayam ini juga akan terdedah kepada penyakit kulit dan jika ianya dikomersialkan juga sudah tentu akan membawa penyakit dan memerlukan kos yang agak tinggi untuk ayam itu..


meNarik??? peLik???

<<<---kLik SHARE @ LikE.... ~suMber~

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis





1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.


4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

Oleh SUARAM

Sunday, December 25, 2011

[6 GAMBAR] Kejam!!! Bayi Jadi Santapan di Taiwan

"Ini adalah makanan Taiwan yang paling "HOT" Di Taiwan, jenazah bayi dapat
dibeli dengan harga $50 - $70 dari Rumah Sakit untuk menuhi permintaan yang
tinggi "Bayi Panggang".












huhh, kejam yang amat manusia akhir zamin ni..

Wednesday, December 21, 2011

Semak Keputusan PMR 2011 melalui SMS dan Online





Tarikh semak Keputusan PMR akan keluar pada 22 Disember 2011. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi rujuk sini







Cara Semakan Keputusan PMR 2011 melalui Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara online.Dibawah cara-cara:
1)Klik sini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
2) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3)Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4)klik butang Semak Laporan.



Cara Semakan Keputusan PMR 2011 melalui sms

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888
1-Type PMR [NO KP] [ NOMBOR ANGKA GILIRAN] dan send to 15888
Perkhidmatan ini diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.
Kepada yang berjaya diucapkan tahniah! pada yang sebaliknya teruskan usaha. Sebenarnya tiada orang yang gagal kecuali orang yang berputus asa!

**Maklumat lanjut KLIK SINI...



<<<--- [KLIK BUTANG SHARE FB DISEBELAH KIRI].. KONGSI BERSAMA RAKAN ANDA DI PESBUK...

***KLIK LIKE JIKA SUKA***
~suMber~