header

cup1

fb like

T3M4N J!H4D

Wednesday, August 31, 2011

12 Kata-kata Motivasi Yang Memperkasa dan Memperkaya – Tingkatkan Kekuatan Emosi dan Keyakinan Diri Anda

12 Kata-kata Motivasi Yang Memperkasa dan Memperkaya.
Apa kata-kata anda dan strategi anda bagi membina kekuatan dalaman diri anda apabila anda rasa tertekan, gagal atau lemah? Ketika anda rasa risau, rasa was-was atau tidak yakin, gementar atau takut, apa kata-kata terhadap diri anda yang anda boleh gunakan untuk menghadapi segala arus negatif dan gelap itu?

Berikut adalah 12 pilihan kata-kata motivasi, keyakinan, kekuatan dalaman dan kata-kata yang boleh menguatkan kekuatan jati diri yang dipilih dari lebih 2000 kata-kata motivasi dan semangat. Bacalah dengan mata fikiran, dan biarkan setiap satu darinya memberi kekuatan dan semangat kepada anda. Cuba hayati maknanya:


  1. Esok jadi tahun – Jika anda boleh lakukannya sekarang, ambilnya dan – Buat!
  2. Apa yang anda hendak takutkan? 'Ahh.. tidak tahulah saya boleh lakukannya atau tidak', mungkin itu yang anda kata. Baiklah. Itu bukan bermakna anda 'tidak boleh', itu hanya bermakna yang anda hanya tidak tahu bahawa anda boleh lakukannya atau tidak. Jadi bagaimana untuk tahu anda boleh buat atau tidak? Anda lakukan sahaja! Ayuh, sahabatku – Lakukannya!!
  3. Adakah kamu sebatang pokok yang memerlukan 'hutan'? Atau, kamu mahu berdiri sendirian?
  4. Di mana kamu bermula bukanlah satu isu – di mana kamu berakhir…ya.
  5. Biar diri kamu yang sebenar menyinar - "Dan diri kamu yang sebenar sedang berada di dalam hati kamu, hanya menanti waktunya untuk tampil ke depan...dan dia adalah sekuat dirinya yang bersuara itu – Bagaimana dia telah menyentuh hidup kamu, bahkan, telah menjadi hidup kamu? Jadilah diri kamu sendiri, percayakan diri kamu, dan turuti apa yang kamu rasakan dan fikirkan betul di dalam hati kamu… Kamu akan dapati kamu yang sebenar di dalam diri tidak akan sekali-kali mengecewakan kamu; dia hanya lakukan apa yang betul, dan apa yang diperlukan oleh kamu...selalu..."
  6. Kecantikan kamu juga tersemat bersama sentuhanmu, keprihatinanmu, belas kasihanmu, senyumanmu, pandanganmu yang baik dan positif yang telah kamu berikan kepada yang lain, kemahuanmu untuk melakukan sebagaimana kamu mahu diperlakukan – dan kemesraan dan kesejatian rasa yang kamu labuhkan, dan hulurkan tanpa bayaran kepada yang lain...dan kamu lihatlah sendiri, cantik bukan rupa sahaja, cantik sebenarnya datang dari jiwa.
  7. Sepanjang perjalanan ini kamu akan temui kekuatan, kamu akan temui dan bina kebolehan diri, kamu akan kenali kuasa diri dan kamu akan lebih mengenal lebih banyak tentang diri kamu. Sebagaimana perjalanan itu berterusan, begitulah juga dengan penemuannya.
  8. Gerakkan diri kamu dari dalam, dan terus gerakkannya sehinggalah kamu tiba – kerana hanya satu jalan sahaja untuk mendapatkan apa yang kamu mahukan, ia adalah dengan terus berusaha, terus 'mahu'…dan terus berjuang!
  9. Saya tidak boleh membuat kesilapan dalam saya berusaha untuk maju, meningkatkan diri, dan berjaya dengan jayanya; saya hanya membuat kesilapan, jika saya tidak membuatnya!
  10. Kamu mungkin tidak sehebat yang kamu mahukan…tetapi kamu sememangnya sudah cukup kuat SEKARANG!!
  11. Apa yang mereka tahu? Adakah sang burung risau tentang apa yang bakal mereka makan setiap hari – atau dapatkah mereka makan hari ini? Adakah mereka merasa risau di mana mereka bakal tidur setiap hari – atau di mana mereka hendak tuju jika dan bila hujan mulai turun? Adakah mereka risau tentang bagaimana, dan di mana mereka hendak membuat sarangnya – atau tentang mampukah mereka memberi secukupnya makan kepada anak-anak mereka? Risau? Aduh – sang burung memulakan hari-hari mereka dengan menyanyi setiap hari – betul bukan?!! Perhatikan burung itu, dan apa yang kamu rasa burung itu faham yang kamu tidak faham?
  12. Andai hidup itu sememangnya sangat sukar dan 'mustahil', kamu tentu sudah 'putus asa' sekarang, betul? Tetapi kamu tidak. Dan jika didalam kotak fikiran kamu masih ada kemahuan, dan maka kamu, boleh berubah, harapan yang ianya akan berlaku, dan kemahuan untuk melakukan apa yang anda termampu, maka ia akan berubah… Apa pendapat kamu tentang kenyataan ini nyatakan tentang hidup, dan KAMU?

TIPS MENGURAT: 46 CARA MEMBUAT PEREMPUAN JATUH HATI


1.Menjadi pendengar setia si dia

2.Ingat perkara-perkara penting tentang hidupnya. Contohnya: tarikh lahir dia, makanan dan minuman kegemaran si dia, apa yang dia suka, apa yang dia benci, dan lain-lain lagi.

3.Beritahu si dia bahawa anda teringatkan dia. Contohnya, anda boleh katakan pada dia bahawa anda teringatkan si dia apabila terdengar lagu kegemarannya di radio. Atau mungkin juga anda ceritakan mimpi anda bertemu dia.

4.Ringankan mulut untuk memuji dan menghargai si dia.

5.Buat dia tersenyum dan gembira bersama anda.

6.Jangan mengongkong dia. Berikan si dia kebebasan. Biarkan cinta itu datang tanpa dipaksa, nescaya berkekalan cinta itu.

7.Sentiasa berada untuk dia dikala dia memerlukan seseorang. Sama ada dia sedang bersedih atau memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa hati dan memahami dia, pastikan anda sentiasa ada untuk dia.

8.Hormati dia dan pastikan dia juga tahu anda mengharapkan sebaliknya. 

9.Percaya si dia. Sikap cemburu anda yang tak bertempak hanya akan membuatkan si dia makin menjauhi anda.

10.Berikan ‘surprise’ pada si dia. Mungkin anda boleh memberikan bunga ros atau apa saja untuk membuat hati kecilnya terpegun dengan anda yang pandai mengambil hatinya.

11.Buatkan dia rasa diterima oleh keluarga anda.  Pasti si dia akan berasa kekok pada awalnya, tapi si dia pasti akan semakin rapat dengan anda.

12.Buat sesuatu yang anda tidak pernah buat untuk dia. Katakan selama ini anda tak pernah memasak, nak masak telur goring pun tak tahu. Jadi buatkan si dia satu masakan kemudian biar si dia rasa. Katakan anda buat khas untuk dia.

13.Sentiasa jadi seseorang yang ceria di mata dia. Jadilah di mata di seseorang yang bijak menyelesaikan masalah hidup dan sentiasa ceria dalam hidup anda. Masalah bukan lagi sesuatu yang perlu dirisaukan!

14.Sentiasa buat hari yang mendatang ‘special’ dimata dia. Sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu hari yang anda rancang. Jadi, rajin-rajinkanlah diri anda mengajak dia keluar pada hari-hari tertentu. Tidak semestinya perlu keluar hanya pada hari sabtu dan ahad. Selagi anda rasa perlu keluar, maka keluarlah.

15.Lakukan sesuatu yang tidak perlukan anda mengeluarkan duit. Percayalah, cara ini amat berkesan. Contohnya, mengajak dia keluar berjoging pada waktu petang ataupun berkelah pada hujung minggu. Bukan saja dapat jimatkan duit malahan anda mempunyai lebih banyak masa untuk berbual.

16.Banyakkan bersabar dengan kerenah dia. Jangan jadikan sesuatu yang kecil sebagai masalah besar. Layan dia seperti seorang kanak-kanak yang perlukan lebih kasih sayang dan tunjuk ajar. Ingat, tegur bukan marah!

17.Sentiasa nampak kemas dan macho bersamanya. Mungkin ditempat kerja mahupun dikuliah anda tidak mementingkan penampilan. Tetapi apabila anda keluar bedua dengan dia, berikan penampilan terbaik anda. Buatkan dia bangga apabila keluar dengan anda.

18.Buatkan aktiviti bersama. Ajak dia lakukan sesuatu aktiviti bersama. Walaupun hanya bersiar-siar, ajaklah dia untuk keluar dengan anda. Sekiranya dia menolak tidak mengapa. Yang penting anda telah mencuba.

19.Hantarkan mesej, email mahupun sms ayat-ayat romantik dan manis setiap hari yang mampu membuat dia tersenyum. 

20.Masukkan surat cinta secara senyap kedalam handbagnya. Pasti dia akan tersenyum apabila mengetahui dia mempunyai secret admire.

21.Bukakan pintu kereta untuk dia malahan tarik kerusi untuknya sewaktu makan bersama.

22.Tanya pada kawan-kawan anda apakah perangai buruk anda. Perbaiki perangai itu dan pastikan anda tidak lakukan dihadapan dia.

23.Selidik binatang peliharaan yang amat diimpikannya. Kemudian beli haiwan tersebut dan biarkan dia beri nama pada haiwan tersebut. Pasti dia akan sentiasa rapat dengan anda.

24.Elakkan seks menjadi punca anda inginkannya. Sentiasa elakkan bercerita mengenai perkara ini dan jangan buat dia rasa tidak selesa dengan sikap anda yang gila seks.

25.Sentiasa tanya pendapat dia untuk menunjukkan betapa pentingnya dia terhadapa anda.

26.Sentiasa beri semangat pada dia. Sekiranya dia mempunyai hobi baru, maka sokong dan galakkan dia untuk meneruskan hobi dia.

27.Sengaja buat dia rindu anda. Sms dia untuk selama sebulan kemudian anda senyap tiba-tiba. Insyaallah, dia akan mula rindu terhadap anda.

28.Cari tempat yang tenang seperti ditepi pantai atau tempat-tempat yang tidak terlalu bising, kemudian ungkit kembali kisah-kisah lama anda berdua. Bagaimana anda berkenalan dan sebagainya. Jika anda rasa sudah tiba masanya anda melafazkan cinta, ini masa yang terbaik!

29.Ambil foto anda berdua bersama-sama. Sama ada di photobooth atau menggunakan kamera sendiri. Lagipun, tempat-tempat seperti snow world di genting highlands juga ada menawarkan sesi fotografi. Biarkan kenangan manis itu sentiasa hidup.

30.Senyum, tak perlu kata apa-apa. Tapi jangan pula senyum bermakna. Biarkan senyuman anda itu tidak terlalu janggal tetapi nampak manis. 

31.Belikan tiket untuk konsert penyanyi yang dia minat ataupun tiket untuk sesuatu yang sukar untuk dibeli.

32. Kurangkan menawan hati dia dengan guna kata-kata, lebihkan perbuatan. Biar si dia tahu anda ikhlas.

33.Jadi lelaki yang sempurna di keluarganya. Berusaha untuk bergaul dengan mereka, bersikap sopan, dan  gunakan peluang yang ada untuk mencungkil peribadi si dia.

34.Buatkan kuih yang terisi nota-nota lucu mahupun cinta. 

35.Bersikaplah jujur terhadapa diri sendir nescaya dia akan jujur terhadap anda.

36.Percaya pada diri sendiri bahawa dia pasti menjadi milik anda. Pasti bukan mesti!

37. Buat satu puzzle yang mempunyai gambar kenangan manis anda berdua.

38.Jadi diri sendiri, tapi bukan bermakna anda perlu meneruskan perangai-perangai yang anda sendiri tahu buruknya perlakuan tersebut.

39.Sebarkan cerita kepada rakan-rakan anda bahawa anda gila baying terhadap si dia. Sebar..sebar..sebar sampailah ke pengetahuan rakan si dia. Pasti lambat laun dia akan tahu bahawa orang ramai sudah tahu anda cintakan dia.

40.Jangan terlalu serius dengan dia. Tunjukkan juga perangai anda yang mempunyai sifat lembut, mudah mesra dan juga keanak-anakan. Tapi jangan terlalu bersiat childish, perempuan benci lelaki yang tidak matang.
41.Buatkan si dia rasa pintar. Hal ini akan membuatkan dia rasa lebih seksi dan menawan. Tapi jangan pula anda menunjukkan bahawa anda ni bodoh. Jadi pandai-pandailah ye..

42.Sentiasa menjadi ‘guardian angel’ dia. Jangan jadi lembik. Kalau tak mampu nak jadi kuat, macam mana nak jaga orang yang disayang.


43.Buat satu permintaan lagu di radio dan tujukan pada si dia. Tapi pastikan dia dengar.

44.Buat satu blog khas untuk bacaan si dia. Biar si dia tahu perasaan anda.

45.Walaupun member-member kata anda samseng, tapi jadilah seorang permata di mata dia.

46.Buat satu lagu cinta khas ciptaan anda sendiri untuk dia. Kemudian anda nyanyikan lagu cinta tersebut untuk dia.

11 CARA MUDAH MENGETAHUI PEREMPUAN SUKA ANDA

Untuk mengetahui seseorang perempuan itu menyintai lelaki amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi disini saya akan memberikan dahulu 11 langkah sebelum saya mengulas lebih panjang dalam entri yang seterusnya.

1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.



2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar,  sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.


3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.

4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya 'body contact' dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.

5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, "adalah..." sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda. 

6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.

7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.

8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan "bosannye....."  atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan "saya belanja".


9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang 'stalker'!

10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia seringbercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda. 

11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.

P/S:Girls, ada penambahan?

RAHSIA KENAPA CINCIN DISARUNGKAN DI JARI MANIS


Tertanya-tanya kenapa biasanya pengantin sarung cincin perkahwinan di jari manis? Ini jawapannya. Satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan hujungnya (lihat gambar).

Permainan dimulai. 5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.Cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
3.Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.Selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.


BEZA PEMIKIRAN LELAKI DAN PEREMPUAN

7 TIPS TAMPIL LEBIH BERKARISMA DI KHALAYAK RAMAI


Pernahkah anda tertanya apa itu karisma? Apakah penting sangat karisma sehingga begitu banyak tips yang diberikan di majalah, surat khabar mahupun di laman web? Karisma adalah kebolehan seseorang untuk mempengaruhi, menarik perhatian orang lain dan memberi inspirasi kepada orang lain. Anda boleh melihat ahli politik mahupun artis amat memerlukan karisma untuk tampil dikhalayak ramai supaya mereka dapat mempengaruhi minda masyarakat.
Teringat kembali zaman persekolahan, memang kami sudah diajar membina karisma bagi persiapkan diri kami sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Semua pelajar yang masuk keSASER akan merasai berucap dikhalayak ramai setahun 2 kali dengan ucapan bahasa melayu diucapkan pada hari isnin, selasa, khamis dan jumaat manakala ucapan dalam bahasa inggeris pada hari rabu sahaja. Apa yang pasti berbagai ragam dapat dilihat ketika memberikan ucapan kerana tiada teks atau sebarang nota dibenarkan untuk dibawa bersama ketika memberi ucapan selama 5 minit dihadapan 500 orang. Itu sebab sekarang aku berucap dihadapan 2000 orang berseorangan pun masih ok.

Aku pasti bagi pelajar SASER yang kenal akan nama Cikgu Halim, pasti setuju kalau aku katakan dia seseorang yang penuh berkarisma. Cikgu Halim adalah seseorang yang mampu membuat orang lain terdiam ketika berucap, dan fokus ketika dia berucap dan mampu mendapatkan tepukan yang gemuruh diakhir penutup ucapannya. Beliau bukanlah seorang yang garang dan memerlukan rotan dalam mendidik pelajar, tetapi kerana kebijaksanaannya berkata-kata membuatkan dia dihormati dan disegani. Beliau sekarang sudah menjadi pengetua disebuah sekolah.


MINDA ANDA SEGALANYA BERMULA
Pastikan sebelum anda berucap, anda bayangkan dulu apa yang  akan anda hadapi. Bayangkan suasana ketika anda berucap amat membantu untuk menghilangkan rasa terkejut dan gementar. Jangan fikirkan perkara yang negatif tetapi cuba fikirkan bahawa orang lain akan memberi 110% perhatian kepada anda ketika anda berucap.


PILIH PAKAIAN YANG SESUAI
Pastikan pemilihan pakaian amat sesuai. Sekiranya anda berucap di majlis yang besar dan formal, sudah tentu anda memerlukan sepasang 'suit' untuk tampil lebih segak. Jika tidak sekurang-kurangnya pastikan anda memakai baju berkolar yang di 'tuck in' dan berkasut. Bagaimana ingin mengambil hati seseorang sekiranya anda sendiri tidak memberikan contoh terbaik kepada orang lain? Pendek kata, tahu majlis apa yang akan anda beri ucapan dan pilih pakaian yang sesuai dan cantik dipandang.



LANCAR KETIKA BERUCAP
Masalah utama ketika berucap ialah adanya bunyi:
"Saya akan aaaaaa..... memberitahu dia aaaa...... yang aaa...... saya akanaaaaa...."
Biasanya anda boleh lihat di televisyen. Terlalu ramai yang menggunakan "aaaaaa..." sehinggakan menjadi penyakit dalam diri. Jadi, ketika berucap, bagi mereka yang ada masalah macam ini cuba berfikir sebelum kata. Sekurang-kurangnya tidaklah nampak kejanggalan disitu. Selain itu pastikan anda membuat rujukan dan tambahkan ilmu jadi anda mampu selitkan kata-kata yang menarik dalam ucapan anda seperti pribahasa dan kata-kata mereka yang berjaya.Contohnya:
"Sekiranya kamu fikir kamu telah gagal, cuba fikir adakah Thomas Edison mampu mencipta satu mentol jika dia berfikir dia telah gagal setelah 10000 percubaannya gagal? Tidak! Thomas Edison tidak fikir dia telah gagal malahan dia menganggap dia telah BERJAYA mencipta 10000 cara untuk menggagalkan ciptaannya!"
Jika tidak, cuba selitkan sedikit humor bagi membuat orang tidak bosan. Selain itu cuba amalkan sebelum memberi ucapan pastikan anda minum segelas air suam ataupun berselewat bagi membuang darah gemuruh. Namun jika ianya masih tidak berhasil, jangan pandang penonton tetapi pandang pada objek yang tidak bergerak kerana penonton mungkin mampu membuatkan kata-kata anda 'terhenti'. Anda juga sebolehnya sediakan teks ucapan dan baca sebelum berucap.


POSTUR BADAN MEMAINKAN PERANAN
Cuba lihat ketika orang-orang yang berkarisma memberikan ucapan, adakah mereka bergoyang-goyang ataupun berdiri disebelah kaki ketika berucap? Sudah tentu tidak, malah sudah tentu susah mau melihat mereka mengorek telinga ketika berucap. Berdiri tegak, tegap dan terus pandang kehadapan.


EKSPRESI MUKA HARUS DIJAGA
Elakkan mudah munjukkan raut wajah dengan cepat ketika sesuatu berlaku. Tunjukkan raut wajah yang tenang atau muka 'takde perasaan'. Bukan bermaksud anda tak membuat apa-apa tetapi sedang berfikir sebelum berkata-kata.


PANDAI MENANGANI SITUASI
Tiada siapa tahu apa akan berlaku ketika anda berucap, jadi cuba pandai menangani situasi. Belajar serba sedikit ilmu sosialogi supaya anda tahu bagaimana menangani situasi yang berbeza apabila berjumpa dengan orang yang berbeza. Adakalanya anda perlu menunjukkan seolah-olah anda amat agresif dan adakalanya anda perlu menakut-nakutkan a.k.a. menggertak. Apapun, pastikan anda pandai bermain dengan emosi bukan dikuasai emosi.


AMALKAN SELALU
Karisma bukanlah sesuatu yang dapat anda kuasai dalam sehari. Jadi amalkan selalu supaya karisma itu dapat diasahkan sehingga anda mampu menjadi permata yang cantik bersinar antara ribuan kaca. Selamat beramal :)

P/S: Try tengok cerita 'KING'S SPEECH'

Cara jaga bateri laptop



haaa, kat bawah ni ada sdikit cara bgaimana nak jaga bateri laptop korang.. bukan setkat kesihatan kita je plu dijaga, kesihatan laptop juga harus sama dijaga tauu..

Tips: Nak tahu tanda-tanda bateri laptop nak rosak, anda cuba charge sehingga penuh, kemudian tutup charger dan guna laptop sehingga keluar notis ‘kehabisan bateri’, anda cuba hitungkan masa, sekiranya bateri laptop anda tu cepat habis padahal baru caj saja tadi, maka itu tanda-tanda bateri laptop tu tak tahan lama dah dan akan rosak tak lama lagi, ia sudah tidak boleh simpan lebih dari 50% dari kapasiti yang sebenarnya, dan ini menandakan jangka hayatnya sudah tiba.
1. Penjagaan bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, samada ketika membeli laptop baru ataupun ketika membeli bateri baru sebagai menggantikan bateri yang sudah rosak anda perlu melakukan pembelian dengan bijak. Lihat jenama batteri dan warranty serta jenama seperti menggunakan teknologi Intel Centrino dan sebagainya.
2. Malapkan skrin laptop – Pilih persekitaran dengan pencahayaan yang mencukupi dan malapkan skrin laptop anda kerana apabila kecerahan kurang bermakna anda akan mengalirkan kurang kuasa daripada bateri anda.
3. Guna aplikasi dan software anda dengan bijak: Aplikasi yang dimaksudkan adalah seperti aplikasi audio, Microsoft Word, Folder, Pelayar Web (browser) dan apa sahaja aplikasi lain samada Games, gunakan yang perlu sahaja. Ia bukan sahaja memakan kelajuan RAM anda, tetapi dalam masa yang sama menggunakan kuasa bateri anda dengan berlebihan.
4. Dekat dengan Sumber Elektrik – Terutamanya ketika anda berada di rumah atau perjabat, disarankan supaya anda guna power elektrik yang disediakan dan cabut bateri daripada laptop untuk memanjangkan jangka hayat bateri berkenaan. Cuma masalahnya sekiranya berlaku black out elektrik, mungkin mengganggu kerja perkomputeran anda yang sedang anda lakukan. Walaubagaimana pun ini hanya tips, terserah kepada individu, samada anda sayangkan bateri atau HDD anda. Hehe.



 


5. Kurangkan peranti luaran (external devices) – Contohnya seperti peranti USB (termasuklah mouse anda), Wifi, dan sebagainya. Sekiranya anda sudah tidak menggunakan USB, pastikan anda cabut USB tersebut untuk mengurangkan penggunaan sumber bateri. Selain itu cuba elakkan penggunaan charger henset atau iPod daripada laptop.
6. Tambahkan RAM lebih – Sama ada menambah RAM atau tukar RAM kepada RAM yang kuasa lebih tinggi. Hal ini bagi mengelakkan penggunaan virtual memory yang lebih pada cakera keras anda dan dapat mengurangkan penggunaan kuasa. Namun sekiranya anda menambah RAM lebih, perlu diingatkan bahawa akan menambahkan penggunaan kuasa bateri anda, namun ianya amat sesuai sekiranya anda memerlukan penggunaan aplikasi yang berat seperti Games dan dapat cover kembali penggunaan virtual memory anda.
7. Guna Cakera keras dan bukannya CD/DVD Player – Walaupun penggunaan cakera keras turut memakan tenaga, namun penggunaan pemacu CD atau DVD adalah lebih teruk memakan kuasa bateri, bahkan ia akan terus menggunakan kuasa bateri walaupun pada waktu anda tidak menggunakannya.
8. Jangan letakkan laptop atas katil/tilam – Lapik laptop untuk memberi ruang udara bagi mengelakkan laptop cepat panas dan dapat menjaga jangka hayat bateri.
Ok, demikian 8 cara penjagaan bateri laptop yang dapat aku kongsikan, sekiranya ada lagi tips-tips berkenaan cara jaga bateri laptop, aku akan tambahkan dalam artikel ini. Bukan sekadar dapat berkongsi dengan pembaca blog, bahkan buat rujukan aku juga di masa hadapan.
Sekian, semoga artikel ini bermanfaat kepada anda semua, kalau anda ada pengalaman atau pendapat, sila tulis di bahagian komen, pendapat anda amat dialu-alukan. wassalam.
PS: Beli batteri jangan yang ciplak, sebab risiko bateri rosak juga tinggi walaupun warrenty sebulan. Takkan nak berulang-alik ke kedai komputer semata-mata nak tukar bateri sahaja kerjanya. Hehe

Rahsia nombor dalam Islam – Rahsia disebalik nombor, tarikh kelahiran dan sebagainya.

“Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”
(Q.S. Ar-Ra’du 13 : 8 )
Kata ‘ukuran’ membawa kita kepada pengiraan. Manakala di dalam ilmu pengiraan kita akan bertemu dengan simbol nombor atau angka. Tidak kiralah apa bentuk ‘bahasa’ sesuatu angka itu tertulis, setiap simbol angka ini merujuk kepada sejumlah bilangannya. Tidak kiralah ‘bahasa’ apa sebutan yang digunakan untuk memanggil angka ini, ia merujuk kepada ‘perkara’ (jumlah) yang sama. Samada anda menamakan ia SATU atau WAHIDUN atau ONE atau EIN (bahasa Jerman) atau UNO (bahasa Itali), UNE (bahasa Perancis) atau berbagai bahasa-bahasa lainya yang ada dalam dunia ini; ia merujuk kepada maksud bilangan jumlah yang sama iaitu 1 (satu). Ia adalah simbol universal. Ia adalah BAHASA ALAM.

Maha hebat penciptaan ALLAH, simbol ini TERTULIS pada alam dalam berbagai ragam ‘wajah’ atau bentuknya. Wajah-wajah Allah ada yang tertulis dalam kitab suci Al Quran sebagai ayat-ayat yang nyata dan terselindung (tersirat), dan ada pula yang tidak tertulis di dalamnya, iaitu yang terbentang di seluruh jagat raya. Ada yang terhitung dan ada yang tidak. Lihatlah jumlah matahari yang ada di langit. Lihat juga jumlah bulan. Bukankah jumlahnya 1. Lihat pula bintang-bintang. Terhitungkan jumlahnya? Tidak perlu terlalu jauh, lihat sahaja yang terbentang pada alam diri. Satu hidung dengan dua lubangnya. Satu mulut dengan satu lidahnya. Dua telinga, dua tangan, dua kaki, 20 jari jemari, satu unit kepala, satu leher, satu dubur, satu kemaluan dan sebagainya. Yang tak terhitung pula; rambut, bulu roma, kening dan berbagai bulu-bulu lagi pada diri. Malah yang ‘terbina’ di dalam tubuh juga ada jumlah-jumlah bilangannya.
Ayat 8 dari surat ke-13 di atas menjelaskan bahwa Allah menciptakan segala sesuatu dengan kadar ukuran yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, tidak ada ‘wajah’ atau ayat Allah, baik yang tertulis maupun yang terbentang itu ada atau terjadi begitu saja, tanpa disengaja. Semuanya sudah direncanakan, diperhitungkan, dan diatur oleh-Nya, bukan merupakan sesuatu yang kebetulan. Apabila disengaja, tentu ada maksud dan tujuannya.
Ada ‘wajah’ atau ayat yang mampu difahami secara tersurat namun ada juga yang memerlukan penafsiran untuk merungkai yang tersirat. Ada yang jelas bentuk rupanya namun ada juga yang tersembunyi atau RAHSIA. Malah ada yang memiliki yang tersurat dan tersiratnya. Di saat sesuatu itu mampu difahami dari berbagai penafsiran, makna sebenarnya dari ayat-ayat Allah itu mula tersingkap, tetapi mungkin juga penafsiran itu tidak atau belum mencapai makna sebenarnya. Hanya yang maha tahu yang tahu. Namun yang pasti, manusia memang diperintahkan untuk terus menelaah dan mengkaji ‘wajah-wajah’ atau ayat-ayat Allah.
Begitu jugalah ‘sesuatu pada sisi-Nya’ yang bersifat UKURAN iaitu NOMBOR. Allah ‘berbicara’ tentang nombor secara jelas (tersurat) dan tersembunyi (tersirat) melalui kalam-Nya di dalam Al-Quran. Ada yang mampu ‘terlihat’ dan jelas terbentang namun ada juga yang tersembunyi dan harus direnungi dan dihayati makna yang tersembunyi. Benarlah firmanNya yang bermaksud: “Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Q.S. Yunus 10: 5)
RAHSIA Surah Al-Fatihah
“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.” (Q.S. Al Hijr 15: 87).





Sebagian besar ulama menafsirkan bahawa tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah surat Al Fatihah. Hakikatnya memang benar, 7 ayat dalam surat Al Fatihah ini memang diulang-ulang baca oleh seluruh umat Islam ketika melakukan solat. Hakikatnya juga ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah ini diulang-ulang baca dalam 17 rakaat pada 5 kali solat sehari semalam. Surah inilah yang dibaca ketika berdoa. Surah inilah yang dibaca di majlis-majlis.
“Surah ke 1 jumlah ayat 7 dibaca 17 kali”
Allah mengajar ILMU NOMBOR kepada kita di dalam SURAH PERTAMA (Al-Fatihah) ini. Umumnya, walaupun sejarah menyatakan bahawa ayat 1-5 surah AL-ALAQ merupakan WAHYU PERTAMA untuk rasulullah SAW namun di dalam penyusunan Al-Quran, Al-Fatihah dijadikan UMMUL QURAN atau sebagai PEMBUKA Al-Quran. Surah inilah yang bakal ditemui oleh sesiapa juga yang memulakan bacaan kitab Al-Quran ini. Jika diamati, surah ini nyata unik dan berbeza dengan surah-surah yang lain dimana ayat pertamanya adalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Walaupun kita bakal bertemu kalam Bismillah di permulaan seluruh surah (kecuali surah Al-Taubah), namun Bismillah tersebut bukanlah ayat yang bertanda. Ini bermaksud, ia bukanlah sebahagian dari ayat-ayat dalam surah-surah yang diawalinya. Ia adalah ‘adab’ membaca ayat-ayat Al-Quran. Berbeza dengan Bismillah di surah Al-Fatihah, ia adalah ayat pertama di surah pertama ini. Tidak membacanya bermaksud gugurlah surah (tidak lengkap) yang seterusnya akan mengugurlah ibadah yang didirikan (contohnya solat). Adakah fenomena ini kebetulan atau ada ‘ilmu’ yang tersirat di sebaliknya? Mengapa Bismillah di surah Al-Fatihah ini bertanda ‘ayat 1’ manakala Bismillah pada awal surah yang lain tidak bertanda??
“Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”
Allah seolah memberi PERTUNJUK PERTAMA di AYAT PERTAMA dalam SURAH PERTAMA ini.
Tatkala diteliti kalimah Bismillah di dalam susunan huruf-huruf arab, ia terbina dengan 19 huruf. Fenomena angka 19 dan kelipatannya di dalam Al Quran memang sudah cukup lama dibicarakan namun tidak semua ‘minda muslim’ mahu melihatnya dan menghayatinya. Menariknya, pengkaji-pengkaji ilmu nombor rata-rata bersetuju bahawa SIMBOL NOMBOR hanya ada Sembilan Angka kesemuanya iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Dimulai dengan simbol angka 1 dan di akhiri dengan simbol angka 9. Maka, MESEJ ALLAH melalui kod metamatik 19 huruf yang membina kalimah Bismillah ini seolah menggambarkan SEGALANYA DI ANTARA 1 dan 9, yakni “DIALAH YANG AWAL DAN YANG AKHIR” sejajar dengan firmannya dalam surah Al-Hadid ayat 3 yang bermaksud:
“Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” QS 57:3
Kod metamatika 19 pada Bismillah ini juga memperlihatkan suatu formula metamatik agung yang membuktikan MUKJIZAT Al-Quran yang dipenuhi dengan KERANGKA KEKUNCI METAMATIKA ULUNG yang tak mampu dicipta oleh manusia. Jika dicampurkan angka yang kelihatan ini (iaitu 1 dan 9) ia akan membawa kita ke satu nilai akhir iaitu SATU (1+9 = 10 seterusnya 1+0= 1). Bukankah ayat Bismillah merupakan AYAT PERTAMA (SATU) yang tersusun di dalam Al-Quran??!.
Tidak cukup dengan itu, penemuan-penemuan oleh mereka yang mengkaji al-Quran telah menemui berbagai Rahsia Keajaiban yang membukti ALLAH adalah GURU METAMATIK melalui kitabnya Al-Quran. Antaranya:
  • AL-QURAN mengandungi 114 surah iaitu 19X6
  • Ada 6346 rangkap ayat (termasuk 112 Bismillah yg tidak bertanda iaitu 19X334 (menariknya 6+3+4+6 = 19)
  • BISMILLAH disebut 114 kali, walaupun ianya mudah dilihat ketiadaannya disurah 9 (ianya disebut dua kali didalam surah 27) & menjadikan 114 =19 x 6.
  • Dari surah 9 yang tidak ada Bismillah sampai kesurah 27 yang mempunyai ekstra Bismillah, jaraknya genap 19 surah surah.
  • dan banyak lagi….
RAHSIA METAMATIKA DALAM AL-QURAN
KERANGKA KEKUNCI METAMATIK ini tidak habis hanya pada angka 19. Banyak pertunjuk-pertunjuk lain yang jelas dan tersembunyi. Contoh lainnya adalah; perkataan-perkataan yang memiliki maksud yang berlawanan di bawah ini ditemui dalam al-Quran pada JUMLAH YANG SAMA.
AL-HAYAH (HIDUP)
145X
MAWT (MATI)
AN NAF’ (MANFAAT)
50X
AL MADHARRAH (MUDARAT)
AL HAR (PANAS)
4X
AL BARD (DINGIN)
AS SHALIHAT (KEBAJIKAN)
167X
AS SAYYI’AT (KEBURUKAN)
AL THUMA’NINAH (KETENANGAN)
13X
AL DHIQ (KESEMPITAN)
AR RAHBAH (CEMAS)
8X
AL RAGHBAH (HARAP)
AL KUFR (KEKUFURAN)
17X
AL IMAN (KEIMANAN)
Jumlah yang seimbang di atas menggambarkan suatu kerangka kekunci metamatik yang begitu unik. Ia juga BUKTI bahawa Al-Quran bukanlah dogengan Rasulullah SAW seperti yang dituduh oleh kaum Quraisy pada masa hayat baginda. Banyak lagi contoh yang lain. Semuanya ini akan membukakan JENDELA PEMAHAMAN bahawa Al-Quran juga memiliki ILMU METAMATIKA yang tinggi. Rahsia di sebalik Nombor di dalam ISLAM ternyata mampu memberi MAKNA dalam pengibadatan sekiranya dihayati dan difahami. Contohnya, apabila kita menghitung ruas tulang jari-jari tangan dan kaki kita maka masing-masing memiliki 19 ruas tulang. Kita memiliki dua tangan dan dua kaki, jumlah ruas tulang tersebut adalah 19 x 4 = 76. Adapun surat ke-76 di dalam Al-Quran adalah Surah Al Insan yang bererti manusia. Adakah ini kebetulan atau “BERADA DALAM UKURAN-NYA”??.
Contoh lain pula, apabila kita perhatikan kembali fenomena al-Fatihah dengan 7 ayat yang akan di baca berulang-ulang kali, kita akan bertemu dengan RAHSIA 7 lainnya.
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Q.S. Al Baqarah 2: 29)
Di dalam ayat tersebut, Allah menyebut tentang adanya tujuh langit. Dan ternyata ayat yang membicarakan tentang tujuh langit di dalam Al Quran jumlahnya juga tujuh ayat iaitu dalam surah:
Al Baqarah 2: 29,
Al Mukminuun 23: 17,
Fushshilat 41: 12,
Ath-Thalaq 65: 12,
Al Mulk 67: 3,
Nuh 71: 15, dan
An Naba’ 78: 12.
Persoalan RAHSIA NOMBOR dalam Islam tidak hanya terhenti dalam meneliti ayat-ayat Al-Quran. Islam diwarnai dengan ILMU NOMBOR. Lihat sahaja contoh-contoh ini:
5 Rukun Islam
6 Rukun Iman
5 Rukun Umrah
6 Rukun Haji
5 X Solat
7 X tawaf
7 X larian Sa’ie
30 Juzuk
114 Surah
17 Rakaat
17 X Ruku
34 X Sujud
4 Kitab Allah
99 Nama Allah
99 Nama Rasul
20 Sifat Allah
25 Rasul
dan sebagainya…
Cabaran untuk kita adalah untuk terus membongkar rahsia-rahsia tersebut demi mencapai MAKSUD & MAKNA dalam pengabdian kepada yang SATU.
RAHSIA DI SEBALIK SOLAT – Ruku’ & Sujud
Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor, Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib. Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk diantaranya.
 

Di dalam buku Metamatika Islam karangan KH. Fahmi Basya, beliau menjelaskan bahawa ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat, sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku’ dan dua kali sujud. Saat ruku kita membentuk sudut 90° posisi berdiri tegak. Sedangkan saat sujud kita membentuk sudut 90°+45°=135° dari posisi tegak. Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku’ dan ditambah dua sujud, jumlah sudutnya adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu lingkaran penuh. Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemukan TITIK AKHIR dengan awalannya. PENUH bermaksud SEMPURNA.
Pada setiap rakaat, melalui lingkaran yang penuh ini rakaat itu menjadi sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan. Bukankah solah itu membentuk KESEMPURNAAN. Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 lingkaran penuh (BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1+7=8) dan 8 adalah satu-satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir). Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi.
Rasullullah sebagai UTUSAN ilmu-ilmu ALLAH. Manakala, “Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.” (Q.S. Ar-Ra’du 13 : 8 ). Menariknya untuk kita renungi lagi, sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat Gerhana. Aisyah r.a. berkata, “Pada masa Rasulullah saw. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah saw. menyuruh orang banyak solat berjamaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah saw. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4 kali ruku’ dan 4 kali sujud dalam dua rakaat.” (Sahih Muslim)
Kembali ke kajian tentang ruku dan sujud di atas tadi, perputaran dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut:
Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º
Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º
Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS. Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan bulan membentuk satu garis lurus.
Manakala jikalau diamati pula senario Solat Jenazah yang tiada ruku’ dan sujud melalui diskusi kaedah di atas, kita akan mendapati TIADA LINGKARAN PENUH atau PUSARAN LENGKAP terbentuk. Ini adalah kerana tiada posisi ruku’ dan sujud yang dilakukan. Jika lingkaran penuh ini dikaitkan dengan penjanaan PUSARAN ENERGI HIDUP (roh), maka kaedah solat jenazah ini menggambarkan tiadanya lagi PENJANAAN ENERGI berlaku kerana hakikatnya roh si mati telahpun meninggalkan tubuhnya. Solat jenazah adalah himpunan doa-doa yang dilakukan secara berjemaah untuk dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan doa selepas takbir ketiga iaitu:
“Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.”
Dan bacaan doa selepas takbir ke empat:
“Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
NOMBOR DAN TARIKH ISLAM
Ilmu Numerologi (ilmu nombor) adalah ilmu yang membicarakan tentang nombor (angka) dan makna-makna kehadirannya. Setiap satu digit nombor memiliki MAKNA DAN NILAI. Makna ini hadir dari kajian tentang SIFAT-SIFAT yang disandarkan pada digit nombor tersebut. Sifat-sifat ini memampukan seseorang untuk mentafsir. Maka, sejumlah nombor umpama sejumlah skrip cerita yang mampu diolah dan difahami. Ilmu Numerologi amat berkaitan dengan TARIKH KELAHIRAN. Ini kerana tarikh adalah susunan nombor-nombor.
Tarikh adalah PENGUKURAN PEREDARAN MASA. Tarikh adalah PENANDA PEREDARAN MASA (kalendar). Tarikh adalah JUMLAH PEREDARAN MASA. Susunan tarikh dimulakan dengan bilangan hari diikuti dengan bilangan bulan dan diakhiri dengan bilangan tahun. Kita juga maklum set bilangan hari adalah antara 1 hingga 28 atau 29 atau 30 atau 31 hari. Manakala set bilangan bulan adalah antara 1 hingga 12 bulan. Manakala bagi tahun adalah jumlah penggiraan bilangan tahun yang berlalu sejak tahun 1 sesuatu kalendar dimulakan (dicatatkan penggiraannya). Ringkasnya susunan tarikh akan ditulis sebagai: HH / BB / TTTT.
Zaman ini, kita telah diperkenalkan sejak seawal usia lagi akan KALENDAR MASIHI yang merujuk kepada PEREDARAN MATAHARI. Perhitungan kalendar inilah yang kita ‘sandar’ dan gunakan untuk penetapan perjalanan hidup seharian kita. Bermula dari TARIKH KELAHIRAN yang dicatatkan dalam Sijil Kelahiran kita hinggalah penetapan untuk segala agenda hidup kita adalah berpandukan KALENDAR MASIHI. Kita di’program’kan dengannya dan kita mengaplikasikannya secara terus dalam hidup kita. Malah kita terlalu bergantung kepadanya!!
Dalam masa yang sama kita sedia maklum akan kehadiran KALENDAR HIJRAH yang merujuk kepada kalendar ISLAM. Sebagai orang Islam, kita juga didedahkan kepada perhitungan KALENDAR HIJRAH yang merujuk kepada PEREDARAN BULAN. Kira turut aplikasikannya untuk pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Islam termasuk di dalam soal ibadat. PUN BEGITU, ‘PROGRAM’ ini terhad hanya tujuan itu. Aplikasinya tidaklah semaksima kalendar masihi.
MENGAPA HARUS BEGITU???
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” (QS 36:36)
Hakikatnya kita menerima bahawa setiap sesuatu ALLAH jadikan BERPASANG-PASANGAN. Siang – malam, lelaki – perempuan, syurga – neraka, kebaikkan – kejahatan, kiri – kanan dan sebagainya lagi. Begitulah halnya dengan MATAHARI – BULAN! Bukankah ia berpasangan! Siang dengan mataharinya dan malam dengan kehadiran bulannya. Justeru itu, MENGAPA TARIKH ISLAM dipinggirkan aplikasinya dalam hidup kita??. Mengapa hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu?? Cuma ambil kisah dan tahu bila perlu??
Sedarkah kita bahawa KALENDAR HIJRAH memainkan PERANAN BESAR dalam IBADAH kita. Dan ibadah kita adalah PENGUKUR kedudukan kita sebagai abdi-Nya. Malah ibadah adalah PEMBENTUKKAN DAN PENJANAAN ENERGI (ROH) HIDUP untuk menentukan kualiti kehidupan kita. Sedarkah kita bahawa kita menggunakan KALENDAR HIJRAH untuk:
Sambut Awal Muharam
Maulidul Rasul
Hari Nisfu Syaaban
Nuzul Al-Quran
Berpuasa di bulan Ramadhan
Hari Raya Eidul Fitri – Zakat Fitrah
Hari Raya Eidul Adha – Ibadah Qurban
Menentukan WAKTU-WAKTU SOLAT
Menentukan tarikh mula PUASA
Menentukan tarikh HARI RAYA Eidul Fitri
Menentukan Hari Wukuf di Arafah
JUGA…
Memahami tarikh PERISTIWA SIRAH RASUL
Mengetahui tarikh TURUNNYA AL-QURAN
Mengetahui tarikh ‘ISRA’ MIKRAJ’
Mencari malam LAILATUL QADAR
dan sebagainya lagi…
MAMPUKAH KITA MENAFIKANNYA. Hanya menerima aplikasinya untuk tujuan tertentu sedangkan di masa yang lain kita membiarkan diri (minda) ‘diikat’ dengan ‘software’ kalendar masihi. Atau mungkin kita ‘ambil tahu’ tarikh-tarikh hijrah semata-mata nak tahu bila nak CUTI UMUM sedangkan ia tidak terkesan (memberi bekas) pada penghayatan dalam ibadah kita. Apakah ibadah (agama) itu terpisah dengan realiti kita di bumi ini?? Atau apakah ini suatu HELAH atau PERDAYA yang telah secara sulitnya diatur untuk MELEMAHKAN MINDA MUSLIM??? Ayuh renung dan fikirkan…
MENGAPA ISU INI PENTING?? APA KAITANNYA DENGAN KITA???
Dewasa ini BICARA RAHSIA TARIKH LAHIR menjadi TOPIK HANGAT. Seminar besar-besaran dianjurkan untuk mengajar ILMU NUMEROLOGI dan RAHSIA TARIKH LAHIR bagi membongkar POTENSI DIRI. Melalui tarikh lahir, banyak rahsia diri dapat dibongkarkan. Umpama ilmu mengenal diri!. Hipotesis ini tiada salahnya, malah ia amat PERLU dan BERGUNA. Ia mampu mengajar kita akan sesuatu yang sedia ada namun masih tersembunyi untuk minda kita tafsirkan atau hayati. Tak kenal maka tak cinta. Tak cinta maka tiadalah PENGHASILANNYA atau kadang-kala menjadi sia-sia. Tatkala formula kejayaan tidak dibongkar akibat tidak mengenal potensi yang ada, maka kejayaan tidak berhasil atau tidak maksima. Lebih malang jika segala langkah mencipta kejayaan berlangsung dalam kekelaman. Yang berlaku hanyalah kemalangan atau bertemu tembok penghalang.
Namun, sedarkah kita BAHAWA ADA BAHAGIAN DIRI YANG MASIH BELUM HABIS DIBONGKAR kerana KETERBATASAN KAEDAH dan PEMAHAMAN (ILMU) untuk MEMBONGKARNYA. Jika KAEDAH RAHSIA TARIKH LAHIR kita sandarkan pada tarikh mengikut KALENDAR MASIHI, RAHSIA yang ditemui barulah SEPARUH dari segenap POTENSI yang sememangnya SEDIA ADA pada alam diri kita. Ini kerana, kita BELUMPUN MELIHAT TARIKH KELAHIRAN KITA mengikut KAEDAH NUMEROLOGI ISLAMIK yang terasnya berpandukan KALENDAR HIJRAH. Bolehkah kita menafikan bahawa pada tarikh kita dilahirkan, kalendar hijrah tidak wujud??? Umpama menafikan adanya sang bulan di tarikh tersebut. Bolehkah kita hanya nak terima apa yang kita rasa nak terima sahaja semata-mata ketololan kita sendiri??
Tentulah tidak.. justeru itu, kita harus MENELAN HAKIKAT INI PERLAHAN-LAHAN. Kita harus belajar untuk menerima, apa yang ada di tarikh kelahiran kalendar masihi kita adalah BARU SEBAHAGIAN dari RAHSIA POTENSI KITA. Ada bahagian yang masih TERSIMPAN dan TERSEMBUNYI namun MENANTI UNTUK DIBONGKAR. Dan setiap bahagian ini memiliki pengkhususannya sendiri iaitu ada yang mempengaruhi urusan fizikal (jasmaniah) dan minda kita serta ada yang mempengaruhi aspek emosi dan spiritual (roh) kita. Seperti mana kita tak dapat menafikan bahawa ENERGI HIDUP (roh) kita berjiwakan ISLAM, seperti itulah juga kita tak dapat menafikan bahawa KALENDAR HIJRAH itu adalah NADI ISLAM.
Soalnya kini, adakah anda TAHU (INGAT) TARIKH HIJRAH HARI INI?? Bulan Islam keberapakah bulan ini?? Tahun Hijrah keberapakah tahun ini??
Soalnya kini, adakah anda TAHU (INGAT) TARIKH LAHIR HIJRAH ANDA??
(jawaplah secara jujur… janganlah menipu diri sendiri)
Jika tak tahu atau tak pernah ambil tahu, bagaimana mahu mencarinya??
Sesudah itu, apakah MAKNA NOMBOR-NOMBOR YANG TERBINA pada tarikh lahir Hijrah anda ini? Bagaimana mahu mentafsirkannya?? Adakah cara menganalisanya sama seperti ilmu tarikh lahir Masihi?? Apakah kelebihan-kelebihan yang anda miliki?? Apakah ada kaitannya dengan nombor-nombor dalam Islam?? Apakah pula nilai GEMATRIKAL ISLAMIK pada tarikh lahir dan nama anda?? Bagaimana mahu mencarinya?? Apakah kaitannya dengan ibadah?? Apakah ada kaitannya dengan asma ALLAH dan RASUL??
“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, dan perbedaan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang mengetahui. ” (QS 30:22)
Sumber: http://mastershifoo.wordpress.com/