header

cup1

fb like

T3M4N J!H4D

Thursday, January 26, 2012

Wanita Afghanistan Lahir Anak Sulung Kembar Enam

gambar sekadar hiasan
KABUL: Seorang wanita Afghanistan yang hamil anak sulung tidak menyangka akan melahirkan kembar enam di hospital di bandar raya Mazar-e-Sharif.

Dia mengakui tidak menyedari hamil lebih daripada seorang bayi kerana tidak pernah menerima rawatan kesuburan.

Doktor berkata, wanita itu tiba di hospital Isnin lalu dan melahirkan tiga bayi lelaki dan tiga bayi perempuan pada hari sama. Menurut doktor, melahirkan anak kembar enam tanpa rawatan kesuburan amat jarang berlaku.
Afghanistan negara yang mencatatkan kadar kematian ibu dan anak tertinggi di dunia.

Wanita yang dikenali Sharah, 24, berasal dari pedalaman wilayah Balkh.
Pengarah Kesihatan Wilayah, Mirwais Rabi, berkata semua enam bayi berkenaan sihat tetapi kurang berat badan dengan seorang daripadanya cuma seberat 700 gram.

Rabi berkata, bayi berkenaan diletakkan dalam inkubator dan diawasi sepasukan jururawat dan doktor. Sharah dalam keadaan sihat tetapi letih.
Doktor berkata, jika mereka menyedari dia hamil kembar enam, Sharah akan dimasukkan ke hospital beberapa hari lebih awal. Berita itu mendapat liputan utama di stesen televisyen dan radio Afghanistan.

“Dia berani, dia mengagumkan. Saya tidak tahu bagaimana dia membawa enam anak. Kerajaan perlu membantunya,” kata seorang penduduk. – AFP

sumber~bHarian

Wednesday, January 25, 2012

Kepala hancur kena letupan mercun




KOTA KINABALU: Kegembiraan meraikan Tahun Baru Cina pertama sebagai suami bertukar tragedi bagi apabila terbunuh selepas kepalanya hancur akibat letupan mercun terkena mukanya di Taman Seputeh, Luyang di sini, tengah malam kelmarin.

By Shaow Yong, 26, yang berkahwin bulan lalu, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka ketika membakar mercun di luar rumah keluarganya itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Sebelum kejadian itu, mangsa yang bekerja sendiri dikatakan menikmati makan malam tradisi bersama isteri dan ahli keluarga lain bagi meraikan kedatangan Tahun Baru Cina.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata Shaow Yong kemudian keluar membakar mercun seorang diri di luar rumah.

“Apabila mercun yang dibakarnya tidak memberi tindak balas, mangsa dipercayai memeriksa dari dekat. Bagaimanapun, mercun itu tiba-tiba meletup tepat ke mukanya.

“Keluarga mangsa yang terkejut mendengar bunyi kuat bergegas keluar rumah dan menemui Shaow Yong dalam keadaan tidak bernyawa dengan separuh daripada kepalanya hancur,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk bedah siasat.
Ahmad Sofi menegaskan, pemilikan mercun dan bunga api adalah menyalahi undang-undang mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

Dalam kejadian berasingan di Sitiawan, Perak, juga tengah malam kelmarin, tiga lelaki parah apabila sekotak mercun yang diletakkan di jalan baru berturap tiba-tiba meletup ketika mereka menyambut detik 12 tengah malam sambutan Tahun Baru Cina di hadapan sebuah Tokong Cina di Jalan Pantai.

Kejadian itu juga mengakibatkan seorang mangsa, Sim Kit Chong, 34, cedera serius di kepala dan terpaksa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan mercun pada muka serta kepalanya.

Seorang lagi mangsa iaitu bendahari tokong berkenaan, Goh Meng San, 65, yang cedera di muka, tangan kanan dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, manakala mangsa ketiga berusia 30-an yang tidak dikenali dan hanya cedera di kaki dan menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

Sumber polis berkata, kawasan tokong itu menjadi antara lokasi utama bagi masyarakat Cina sekitar bandar berkenaan bersembahyang dan bermain mercun ketika menjelang malam Tahun Baru Cina.

Difahamkan, kira-kira sejam sebelum kejadian itu, mercun yang diletakkan dalam kotak meletup secara tiba-tiba dipercayai akibat keadaan tar jalan yang panas.

Kejadian itu bagaimanapun tidak menakutkan orang ramai yang berada di tempat kejadian sehinggalah longgokan mercun dalam kuantiti besar meletup sejam kemudian sehingga terkena beberapa mangsa.

Orang ramai yang panik melihat letupan itu bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Timbalan Ketua Polis Manjung, Deputi Superintendan Shaharuddin Abdullah, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi sehingga petang semalam belum menerima laporan daripada mangsa.

sumber~bharian

Tuesday, January 10, 2012

WASPADA ! Taktik baru PEROGOL!




Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut,

Namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.
Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.
pa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.
Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.
Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.
Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.


disedut dari 0hsyok

Monday, January 9, 2012

Berdosa jadi ahli Facebook : Ulama Iran








TEHRAN: Seorang ulama Iran menetapkan web media rangkaian sosial popular di seluruh dunia, Facebook bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral.

Ulama kanan itu, Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani memberi pandangannya mengenai Facebook dan keahlian warga negaranya dalam web berkenaan ketika sesi soal jawab dengan agensi berita ISNA, semalam.
“Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram.
“Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah,” katanya.

Di Iran, biasa bagi ulama kanannya ditanya mengenai dasar isu sosial sama ada ia sejajar dengan nilai Islam. Jawapan mereka akan dianggap sebagai satu peraturan.

Meskipun kerajaan mengenakan banyak sekatan terhadap internet, seramai 17 juta penduduk Iran ahli Facebook, lapor perangkaan rasmi pada 17 Oktober lalu.
Oleh kerana Facebook popular di kalangan generasi muda, pemerhati percaya bilangan penduduk Islam yang mempunyai akaun Facebook lebih tinggi daripada angka itu.
Iran mempunyai 70 juta penduduk, 60 peratus daripada mereka berusia di bawah 30 tahun.

Lebih lima juta laman web dikenakan sekatan di Iran tetapi warga negara itu masih mendapatkan akses menggunakan perisian proksi dan rangkaian persendirian maya (VPN). – Agensi


suMber~BeritaHarianOnLine

Wednesday, December 28, 2011

Berasmara di bilik mandi masjid


KOTA BHARU – Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.
Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.

Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.






Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.
“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.
“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.
Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.
”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.
Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.
Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid.
Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.
~metro~