header

cup1

fb like

T3M4N J!H4D

Wednesday, February 8, 2012

HATI-HATI !!! Taktik Baru Curi Kereta Menggunakan Surat Khabar..







Logik ke orang boleh curi kereta dengan menggunakan surat khabar jer??? Ha… Memang logik!!!


Bagaimana?

Baca lebih details lagi:

1. Pencuri akan berlegar-legar dikawasan parking kereta untuk mencari mangsa.

2. Setelah menjumpai mangsa, pencuri akan pergi ke kereta tersebut selepas tuan punya kereta pergi dari situ dan dia kemudian melekatkan sehelai surat khabar pada cermin belakang kereta tersebut.

3. Pencuri akan segera lari mencari tempat persembunyian berhampiran dengan kereta.

4. Pencuri akan tunggu dengan sabar kerana habuan sebuah kereta itu memang besar tau..

5. Bila tuan punye kereta datang dan memasuki kereta, pasti mereka akan menghidupkan kereta.

6. Bila mahu keluar dari tempat parking, pemandu akan melihat ada surat khbar yang terlekat pada cermin belakang keretanya itu.

7. Tanpa curiga, mereka akan keluar dan terus kebelakang.

8. Dengan pantas, pencuri terus masuk kedalam kereta, kunci pintu dan LARI!!..

9. Tuan punya kereta hanya sempat menjerit je.. Tu pun tak tahu sama ada menjerit sebab kereta kena curi atau kerana dilanggar oleh pencuri

Berhati-hati semasa keluar berseorangan…

Shebarkan. Sharing is caring.

Ulat Sebesar Ibu Jari Dalam Mata

Seorang lelaki Eropahmengalami sakit mata yang melampau. Mulanya dia menyangka sakit matanya itu hanyalah sakit mata biasa sahaja. Akan tetapi lama kelamaan, sakit matanya itu menjadi parah dan mulai membengkak.

Dia kemudiannya bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Apa yang memeranjatkan adalah, rupanya kesakitan yang dialaminya itu adalah disebabkan oleh seekor ulat yang sangat besar telah mendiami di bawah kelopak matanya.

Doktor telah berjaya mengeluarkan ulat tersebut dan kini mata lelaki itu telah pulih. Kalaulah ulat besar itu tidak dikeluarkan, sudah tentu matanya akan menjadi buta dan apa yang ngeri, makin banyaklah ulat yang akan bersarang di situ.

Jom lihat proses pembuangan ulat besar dari mata lelaki tersebut.







Monday, January 30, 2012

KENALPASTI LOGO-LOGO HALAL YANG TIDAK DIBENARKAN [ 8 GAMBAR ]


LOGO IFRC

LOGO HALAL SEA

LOGO IFANCA INTERNATIONAL SEA DAN ASIA REGION


LOGO HALAL BAHEIS YANG LAMA


LOGO HALAL JAKIM YANG LAMA

LOGO HALAL TIDAK MENEPATI SPESIFIKASI

LOGO HALAL NEGERI SEBELUM DISELARASKAN


TANDA HALAL INI JUGA TIDAK DIBENARKAN



LOGO HALAL YANG DILULUSKAN SEPERTI DIBAWAH


SPESIFIKASI LOGO RUJUK SINI




suMber:~ Sahabat Halal Jakim

Thursday, January 26, 2012

SKMM pantau aktiviti remaja salah guna laman sosial




LAMAN sosial seperti Facebook sememangnya memudahkan untuk kita berinteraksi apatah lagi untuk mencari kenalan lama mahupun rakan sekolah yang telah terputus hubungan sekian lama.

Pada asalnya ia dicipta untuk tujuan komunikasi, tetapi selalunya manusia gemar ‘menyalahgunakan’ sesuatu kemudahan apatah lagi laman sosial seperti Facebook.

Kewujudan laman sosial itu berjaya menarik perhatian semua golongan mahupun lapisan masyarakat dan tidak terkecuali golongan remaja terutama pelajar sekolah dan universiti.

Remaja kini menjadikan laman sosial sebagai medan untuk meluahkan perasaan, sama ada perasaan yang positif mahupun negatif.

Ada dalam kalangan remaja yang secara terang-terangan menggunakan perkataan kurang sopan, malah keterlaluan untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap rakan, keluarga mahupun guru di sekolah.

Adakah mereka berasakan kebebasan yang diberikan untuk melayari dan menggunakan kemudahan internet bermaksud ia juga kebebasan untuk mereka meluahkan apa saja di alam maya.

Mereka seharusnya berhati-hati kerana apakah mereka mengira setiap pergerakan mahupun apa juga yang diluahkan di dalam internet tidak ‘diperhatikan’ Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Lihat saja apa yang berlaku kepada seorang pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang baru-baru ini ditahan selepas mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook yang ‘berbaur’ ancaman.



Kenyataan berbaur ancaman kepada mana-mana individu tidak sepatutnya dibuat sewenang-wenangnya menerusi apa juga media, apatah lagi ia merujuk kepada pemimpin negara.

Mungkin pada awalnya ia dianggap satu gurauan antara rakan-rakan, tetapi tidak kepada pasukan keselamatan.

Kenyataan sebegitu boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan kepada pemimpin tertinggi negara.

Oleh itu, golongan remaja mahupun pelajar seharusnya lebih berhati-hati terutama di dalam mengeluarkan apa juga bentuk kenyataan agar tidak memudaratkan diri sendiri.

Jangan jadikan alasan kebebasan bersuara untuk mereka mengatakan apa saja kerana berasakan ia berlaku di alam maya.

“SKMM ketika ditanya berhubung perkara ini mengakui sebarang kenyataan berbaur ancaman atau ugutan untuk memudaratkan seseorang adalah salah di sisi undang-undang, tidak kira apa cara sekalipun sama ada melalui percakapan, perbincangan, perbualan telefon ataupun melalui aplikasi laman sosial seperti Facebook.

Oleh itu, tidak ada apa-apa yang memisahkan Facebook daripada ‘medium’ yang lain sekiranya niat seseorang itu bertujuan mengancam ataupun mengugut pihak lain dan isu menyekat laman sosial seperti Facebook tidak sepatutnya ditimbulkan di dalam konteks ini,” kata kenyataan yang dikeluarkan SKMM ketika diminta mengulas berhubung isu terbabit.

Pihak SKMM turut mengingatkan apa saja perlakuan menyalahi undang-undang di alam nyata, maka pada masa sama ia turut menyalahi undang-udang di alam maya. Cuma apa membezakan ia dilakukan di dalam internet.

Oleh demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua pengguna terutama pelajar mahupun remaja menggunakan laman sosial bagi tujuan positif dan penggunaannya hendaklah dengan cara beretika.

Penekanan turut ditekankan SKMM agar pelajar mahupun remaja tidak mendedahkan maklumat peribadi ketika berinteraksi di laman sosial kerana ditakuti ‘penghendap’ siber mencuri maklumat itu untuk tujuan tidak baik.

Laman sosial juga tidak seharusnya dijadikan medan peperangan untuk melampiaskan rasa tidak puas hati terhadap sesiapa saja apatah lagi menuduh, memalukan, melabel ataupun memfitnah kerana pesalah yang berjaya ditangkap pasti akan dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab memantau aktiviti alam siber, SKMM menyeru agar pengguna menggunakan laman sosial facebook secara berhemah dan bertanggungjawab bagi mengelakkan insiden yang tidak disengajakan atau diingini berlaku.

SUMBER~bHarian

Wanita Afghanistan Lahir Anak Sulung Kembar Enam

gambar sekadar hiasan
KABUL: Seorang wanita Afghanistan yang hamil anak sulung tidak menyangka akan melahirkan kembar enam di hospital di bandar raya Mazar-e-Sharif.

Dia mengakui tidak menyedari hamil lebih daripada seorang bayi kerana tidak pernah menerima rawatan kesuburan.

Doktor berkata, wanita itu tiba di hospital Isnin lalu dan melahirkan tiga bayi lelaki dan tiga bayi perempuan pada hari sama. Menurut doktor, melahirkan anak kembar enam tanpa rawatan kesuburan amat jarang berlaku.
Afghanistan negara yang mencatatkan kadar kematian ibu dan anak tertinggi di dunia.

Wanita yang dikenali Sharah, 24, berasal dari pedalaman wilayah Balkh.
Pengarah Kesihatan Wilayah, Mirwais Rabi, berkata semua enam bayi berkenaan sihat tetapi kurang berat badan dengan seorang daripadanya cuma seberat 700 gram.

Rabi berkata, bayi berkenaan diletakkan dalam inkubator dan diawasi sepasukan jururawat dan doktor. Sharah dalam keadaan sihat tetapi letih.
Doktor berkata, jika mereka menyedari dia hamil kembar enam, Sharah akan dimasukkan ke hospital beberapa hari lebih awal. Berita itu mendapat liputan utama di stesen televisyen dan radio Afghanistan.

“Dia berani, dia mengagumkan. Saya tidak tahu bagaimana dia membawa enam anak. Kerajaan perlu membantunya,” kata seorang penduduk. – AFP

sumber~bHarian