Pernahkah anda tertanya apa itu karisma? Apakah penting sangat karisma sehingga begitu banyak tips yang diberikan di majalah, surat khabar mahupun di laman web? Karisma adalah kebolehan seseorang untuk mempengaruhi, menarik perhatian orang lain dan memberi inspirasi kepada orang lain. Anda boleh melihat ahli politik mahupun artis amat memerlukan karisma untuk tampil dikhalayak ramai supaya mereka dapat mempengaruhi minda masyarakat.
Teringat kembali zaman persekolahan, memang kami sudah diajar membina karisma bagi persiapkan diri kami sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Semua pelajar yang masuk keSASER akan merasai berucap dikhalayak ramai setahun 2 kali dengan ucapan bahasa melayu diucapkan pada hari isnin, selasa, khamis dan jumaat manakala ucapan dalam bahasa inggeris pada hari rabu sahaja. Apa yang pasti berbagai ragam dapat dilihat ketika memberikan ucapan kerana tiada teks atau sebarang nota dibenarkan untuk dibawa bersama ketika memberi ucapan selama 5 minit dihadapan 500 orang. Itu sebab sekarang aku berucap dihadapan 2000 orang berseorangan pun masih ok.
Aku pasti bagi pelajar SASER yang kenal akan nama Cikgu Halim, pasti setuju kalau aku katakan dia seseorang yang penuh berkarisma. Cikgu Halim adalah seseorang yang mampu membuat orang lain terdiam ketika berucap, dan fokus ketika dia berucap dan mampu mendapatkan tepukan yang gemuruh diakhir penutup ucapannya. Beliau bukanlah seorang yang garang dan memerlukan rotan dalam mendidik pelajar, tetapi kerana kebijaksanaannya berkata-kata membuatkan dia dihormati dan disegani. Beliau sekarang sudah menjadi pengetua disebuah sekolah.
MINDA ANDA SEGALANYA BERMULA
Pastikan sebelum anda berucap, anda bayangkan dulu apa yang akan anda hadapi. Bayangkan suasana ketika anda berucap amat membantu untuk menghilangkan rasa terkejut dan gementar. Jangan fikirkan perkara yang negatif tetapi cuba fikirkan bahawa orang lain akan memberi 110% perhatian kepada anda ketika anda berucap.
PILIH PAKAIAN YANG SESUAI
Pastikan pemilihan pakaian amat sesuai. Sekiranya anda berucap di majlis yang besar dan formal, sudah tentu anda memerlukan sepasang 'suit' untuk tampil lebih segak. Jika tidak sekurang-kurangnya pastikan anda memakai baju berkolar yang di 'tuck in' dan berkasut. Bagaimana ingin mengambil hati seseorang sekiranya anda sendiri tidak memberikan contoh terbaik kepada orang lain? Pendek kata, tahu majlis apa yang akan anda beri ucapan dan pilih pakaian yang sesuai dan cantik dipandang.
LANCAR KETIKA BERUCAP
Masalah utama ketika berucap ialah adanya bunyi:
Biasanya anda boleh lihat di televisyen. Terlalu ramai yang menggunakan "aaaaaa..." sehinggakan menjadi penyakit dalam diri. Jadi, ketika berucap, bagi mereka yang ada masalah macam ini cuba berfikir sebelum kata. Sekurang-kurangnya tidaklah nampak kejanggalan disitu. Selain itu pastikan anda membuat rujukan dan tambahkan ilmu jadi anda mampu selitkan kata-kata yang menarik dalam ucapan anda seperti pribahasa dan kata-kata mereka yang berjaya.Contohnya:
Jika tidak, cuba selitkan sedikit humor bagi membuat orang tidak bosan. Selain itu cuba amalkan sebelum memberi ucapan pastikan anda minum segelas air suam ataupun berselewat bagi membuang darah gemuruh. Namun jika ianya masih tidak berhasil, jangan pandang penonton tetapi pandang pada objek yang tidak bergerak kerana penonton mungkin mampu membuatkan kata-kata anda 'terhenti'. Anda juga sebolehnya sediakan teks ucapan dan baca sebelum berucap.
POSTUR BADAN MEMAINKAN PERANAN
Cuba lihat ketika orang-orang yang berkarisma memberikan ucapan, adakah mereka bergoyang-goyang ataupun berdiri disebelah kaki ketika berucap? Sudah tentu tidak, malah sudah tentu susah mau melihat mereka mengorek telinga ketika berucap. Berdiri tegak, tegap dan terus pandang kehadapan.
EKSPRESI MUKA HARUS DIJAGA
Elakkan mudah munjukkan raut wajah dengan cepat ketika sesuatu berlaku. Tunjukkan raut wajah yang tenang atau muka 'takde perasaan'. Bukan bermaksud anda tak membuat apa-apa tetapi sedang berfikir sebelum berkata-kata.
PANDAI MENANGANI SITUASI
Tiada siapa tahu apa akan berlaku ketika anda berucap, jadi cuba pandai menangani situasi. Belajar serba sedikit ilmu sosialogi supaya anda tahu bagaimana menangani situasi yang berbeza apabila berjumpa dengan orang yang berbeza. Adakalanya anda perlu menunjukkan seolah-olah anda amat agresif dan adakalanya anda perlu menakut-nakutkan a.k.a. menggertak. Apapun, pastikan anda pandai bermain dengan emosi bukan dikuasai emosi.
AMALKAN SELALU
Karisma bukanlah sesuatu yang dapat anda kuasai dalam sehari. Jadi amalkan selalu supaya karisma itu dapat diasahkan sehingga anda mampu menjadi permata yang cantik bersinar antara ribuan kaca. Selamat beramal :)
P/S: Try tengok cerita 'KING'S SPEECH'
No comments:
Post a Comment