assalamualaikummm.. & saLam kuNjungan...
Pernah tak korang nasihat dan tegur kawan-kawan korang yang tidak menutup aurat & apa pulak alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu & untuk itu saya kongsikan 10 alasan popular tu. Tujuan post kali adalah sekadar untuk memberi teguran & renung..renung..renungkanlahhh...
Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke
~Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.- Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
~Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
~Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
~Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
~Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
~Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
~Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
~Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
~Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
p/s - Sekadar memberi teguran tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita & dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan...
renung dan pikir2kanlahhh...
selamat beramaL..
"TUTUP AURAT ITU WAJIB"
"TUNAIKAN KEWAJIPAN"
No comments:
Post a Comment