header

cup1

fb like

T3M4N J!H4D

Monday, December 12, 2011

BIASISWA PENDIDIKAN 5 Tahun Untuk Gadis Yang MASIH DARA




Sebuah bandar di Sierra Leone telah menawarkan biasiswa pendidikan selama lima tahun kepada anak-anak gadis yang menyimpan dara mereka sehingga mereka menamatkan pendidikan universiti mereka.

"Tujuannya ialah untuk mengurangkan kehamilan remaja dengan memastikan bahawa sekurang-kurangnya 80% daripada anak gadis yang sedang belajar menyimpan keperawanan mereka sehingga mereka menamatkan tempoh persekolahan dan pendidikan tinggi," kata Mathew Margao, Pengerusi Majlis Tempatan di Bandar Selatan Bo.

"Pihak Majlis akan menyediakan perkhidmatan kakitangan perubatan wanita yang akan memeriksa keperawanan gadis-gadis ini," tambah Margao.

Bagaimanapun perancangan itu telah mendapat tentangan daripada ibu bapa dan kumpulan hak asasi.

Abibatu Mansaray, jurucakap sebuah Organisasi Hak Wanita tempatan bukan kerajaan (NGO), berkata langkah yang diambil itu "telah mencabul hak asasi seorang wanita. Saya tidak fikir ia adalah cara yang betul untuk menangani isu kehamilan remaja."

"Saya tidak boleh membenarkan orang lain untuk memeriksa keperawanan anak perempuan saya kerana biasiswa," kata Aminata Lahai, seorang ibu tunggal. "Saya fikir mesti ada kaedah lain."

Margao bagaimanapun berkata bahawa perancangan itu mempunyai dwi-manfaat.

"Kaedah seperti ini akan bukan sahaja menghapuskan kehamilan remaja tetapi akan meningkatkan bilangan wanita berpendidikan di negara ini."

Beliau berkata anak-anak gadis yang mengekalkan keperawanan mereka akan ditaja oleh pihak majlis sehingga ke peringkat pengajian tinggi atau universiti.

"Jika kita berjaya, saya pasti majlis-majlis tempatan yang lain akan mencontohi kita," katanya.

Tawaran itu dibuat berikutan meningkatnya bilangan pengguguran dan kehamilan remaja, menurut Kementerian Kebajikan Masyarakat.

No comments:

Post a Comment