header

cup1

fb like

T3M4N J!H4D

Tuesday, November 8, 2011

Bayi, Bieber ada persamaan fizikal

LOS ANGELES: Gambar bayi yang didakwa lahir hasil hubungan seks Justin Bieber dengan peminat yang lebih dewasa daripadanya dipaparkan di media, semalam.

Dikenali sebagai Tristyn Anthony Markhouse Yeater, bayi berusia empat bulan itu dikendong ibunya, Mariah Yeater, di sebuah taman awam di Los Angeles.


Bayi terbabit dipakaikan baju putih.

Mariah, 20, mendakwa dia mengadakan hubungan seks dengan Bieber di belakang pentas selepas penyanyi remaja terbabit menamatkan satu daripada konsertnya tahun lalu.


Mariah menuntut mahkamah mengarahkan Bieber, 17, membayar �170,000 (RM848,781) untuk menyara bayi lelaki itu.


Bieber menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

Bagaimanapun, satu sumber lain memberitahu media, Bieber diarah Mahkamah Tinggi Los Angeles untuk menjalani ujian darah 10 hari sebelum Krismas ini.


Ujian itu dijalankan bagi mengetahui status sebenar hubungan Bieber dengan Tristyn.
Sementara itu, Mariah berkata, antara bukti Tristyn adalah anak Bieber ialah bibir bayi berkenaan.


“Persamaan di antara bayi saya dengan Bieber sangat aneh.


“Lihatlah pada mulutnya,” katanya.


Menurut Mariah, dia berharap Bieber akan melihat gambar Tristyn dan sedar bahawa bayi berkenaan adalah anak kandungnya.


“Ia bakal menjadi mimpi ngeri kepada kita semua jika Bieber terus menafikannya,” katanya.


Mariah berkata, dia hanya mahukan hak anaknya dan sangat kecewa apabila tidak diendahkan penyanyi kelahiran Kanada itu.


Katanya, tiada satu pun panggilan telefon dibuatnya dijawab Bieber.


Di sebalik dakwaan itu, media di Amerika Syarikat kelmarin melaporkan, Mariah pernah membuat tuntutan sama ke atas dua lelaki lain sebelum ini.


Seorang daripadanya ialah bekas teman lelaki Mariah ketika di sekolah tinggi, John Terranova, sebelum dia mengaitkan kekasih sulitnya, yang hanya dikenali sebagai Steve.


Ditanya media, Terranova berkata, dia yakin bayi berkenaan bukan zuriatnya atau Bieber.


“Apa yang dimahukan Mariah hanya wang,” katanya. - DM

~HMetro~



No comments:

Post a Comment