header

cup1

fb like

T3M4N J!H4D

Friday, November 4, 2011

Stesen TV siar payudara Janet tak didenda



PHILADELPHIA, Amerika Syarikat (AS) – Sebuah mahkamah rayuan di AS kelmarin membatalkan keputusan sebuah agensi persekutuan, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) yang mahu mendenda stesen televisyen CBS Corp sebanyak AS$550,000 (RM1.72 juta) kerana menyiarkan insiden payudara Janet Jackson terdedah semasa penyanyi itu sedang melakukan persembahan pada satu perlawanan bola sepak Amerika Super Bowl pada 2004.

Dalam penghakimannya, mahkamah rayuan di sini menyatakan, pelaksanaan denda tersebut menyimpang daripada dasar FCC untuk memberi pengecualian terhadap insiden lucah yang berlaku secara spontan dan singkat.

Satu kenyataan FCC menyatakan ia kecewa dengan keputusan tersebut tetapi bertekad akan menggunakan semua peruntukan undang-undang yang ada bagi memastikan agar media penyiaran AS tidak menyalahi kepentingan awam ketika melakukan penyiaran.

Payudara kanan Janet terdedah semasa hampir 90 juta penonton televisyen menontonnya.

Ia terdedah selepas penyanyi pop, Justin Timberlake secara tidak sengaja telah mengoyakkan coli Janet semasa mereka membuat persembahan pada waktu rehat perlawanan sukan popular itu. – Reuters

~kosmo~



No comments:

Post a Comment