header
cup1
fb like
T3M4N J!H4D
Tuesday, November 1, 2011
Petua Untuk Memilih Kanta Sentuh (Contact Lens)
Kanta sentuh juga dipanggil sebagai kanta lekap atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil contact lens. Walau apa jua nama yang dipanggil kanta sentuh diklasifikasikan sebagai alat perubatan. Sama juga seperti ubat yang dipreskripsi doktor, kanta sentuh juga sebenarnya memerlukan preskripsi untuk mendapatkannya. Seperti yang diketahui, peranan kanta sentuh adalah sama seperti kacamata iaitu sebagai bantuan penglihatan. Cuma yang membezakannya hanyalah cara pemakaian yang ternyata berlainan sama sekali. Cara pemakaian kanta sentuh yang lebih kompleks dan adanya contacts atau sentuhan dengan kornea (mata hitam) menjadikan pemakaian kanta sentuh wajib melalui pemeriksaan mata yang teliti.
Memahami Kornea
Kornea merupakan bahagian lutsinar yang terletak di bahagian paling depan pada bola mata dan merupakan kawasan yang paling sensitif pada tubuh badan manusia. Bahagian ini terdedah kepada persekitaran dan dilindungi dengan lapisan epitelium yang sangat nipis selain bantuan dari kelipan kelopak mata.
Ada beberapa sifat kornea penting yang perlu diambil perhatian oleh setiap individu. Pemahaman terhadap sifat kornea ini akan membantu anda mengetahui mengapa preskripsi diperlukan untuk pemakaian kanta sentuh. Sifat-sifat tersebut adalah:
Kornea adalah kawasan di mana tamatnya hujung saraf. Oleh itu kornea sangat sensitif dengan sentuhan, suhu dan bahan kimia. Sebarang sentuhan yang berlaku akan meyebabkan kelipan mata secara refleks.
Tidak mempunyai salur darah. Oleh itu kornea bersifat lutsinar tanpa kehadiran salur darah yang berselirat.
Sel-sel kornea mendapatkan bekalan oksigen terus menerus dari udara luar. Oksigen akan menyerap pada air mata dan kemudian akan dibekalkan kepada kornea.
Menerima zat makanan dari air mata (dari luar) dan aqueous humor (dari dalam) serta dari neutrofin (dari saraf)
Sifat-sifat tersebut menunjukkan fungsi kornea yang normal tanpa sebarang gangguan pada strukturnya. Oleh itu sebarang gangguan yang dikenakan akan menyebabkan fungsi kornea akan sedikit terganggu.
Kanta sentuh juga diklasifikasikan sebagai "gangguan" kepada kornea. Pemakaian kanta sentuh yang tidak betul akan menyebabkan "gangguan" kepada kornea yang dapat dikesan melalui tanda-tanda tersebut:
Penglihatan yang kabur
Ketidakselesaan pada mata setelah pemakaian selama beberapa jam
Inflamasi (kemerahan)
Kebengkakan
Walau bagaimanapun masalah tersebut dapat dihindarkan dengan menggunakan jenis kanta sentuh yang betul, teknik dan tempoh pemakaian yang tepat. Oleh itu, kanta sentuh yang dianggap sebagai "gangguan" tadi akan berubah menjadi suatu alat yang sangat berguna kepada kita.
Bagaimana Untuk Mendapatkan Kanta Sentuh Yang Tepat Untuk Mata
Untuk mendapatkan kanta sentuh yang bertepatan dengan mata, anda memerlukan bantuan daripada Optometris atau Juruoptik untuk menjalankan pemeriksaan kepada mata anda. Pemeriksaan rutin yang akan dijalankan adalah seperti berikut:
Pengukuran permukaan bola mata dan kelengkungan kornea.
Pengukuran pupil (anak mata) dan iris mata.
Penilaian kualiti air mata.
Penilaian kesesuaian kanta sentuh dengan mata sama ada terlalu ketat atau terlalu longgar.
Pengukuran dan penilaian tersebut merupakan pemeriksaan rutin yang akan dilakukan terhadap mata anda. Melalui pemeriksaan tersebut, Optometris atau Juruoptik akan menentukan kanta sentuh yang mana sesuai dengan mata anda. Selain itu beberapa perkara yang perlu diambil perhatian ialah:
Optometris atau Juruoptik akan menjalankan pemeriksaan mata secara berkala untuk memastikan tiada sebarang komplikasi yang timbul semasa anda memakai kanta sentuh.
Jika terdapat sebarang masalah, anda boleh merujuk kembali kepada mereka.
~SUMBER~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment