header

cup1

fb like

T3M4N J!H4D

Tuesday, November 1, 2011

Mexico negara budak gemuk



ANGHELLA Torres baru berumur empat tahun, tetapi beratnya sudah mencecah 30 kilogram - dua kali ganda daripada berat yang sepatutnya bagi kanak-kanak sekecil itu. Dia sering mengadu sakit kaki kerana kaki kecilnya terpaksa menampung lebih beban.

Anghella tahu dia obes dan dia sendiri tidak suka dengan keadaannya. Kini walaupun dia belum tahu membaca atau mengira kalori makanan, dia terpaksa diet dan mengurangkan makan. Dengan bantuan nenek dan penjaga, Elizabeth Sucilla, Anghella kini mengikuti program senaman yang dirancang khas untuknya oleh jururawat dari hospital kerajaan awal tahun ini.
“Saya perlu berhenti makan gula-gula,” katanya.

Program diet itu juga memerlukan Anghella untuk mengurangkan kentang goreng dan krim banyak lemak yang dinikmati seperti makan yogurt.


Mexico, dikatakan negara yang mempunyai kanak-kanak paling gemuk di dunia kini cuba menggalakkan penduduknya mencontohi Anghella. Antara langkah yang diambil ialah mengharamkan penjualan snek tidak berkhasiat di sekolah kerajaan dan memperuntukkan lebih banyak masa untuk pendidikan jasmani manakala Kerajaan Pusat pula melancarkan kempen dengan menjemput keluarga supaya memasukkan anak-anak mereka dalam program umum menurunkan berat badan.




Hampir dua pertiga daripada 2,400 sekolah kerajaan di bandar Mexico tidak mempu�nyai padang atau gimnasium untuk bersenam. Sementara 80 peratus sekolah tidak mempu�nyai air pancut (untuk minum).

Pakar menegaskan kepenti�ngan minum lebih banyak air dan mengurangkan pengambilan minuman bergula untuk mencegah dan mengekang masalah pertambahan berat badan.

Awal tahun ini, Presidennya, Felipe Calderon, berkata Mexico mempunyai kadar obesiti kanak-kanak berumur antara lima hingga 19 tahun yang tertinggi di dunia. Walaupun dia tidak menyebut sumbernya, pensyarah pemakanan Universiti Carolina Utara, Profesor Barry Popkin yang menjalankan kajian ke atas obesiti di kalangan kanak-kanak di banyak negara, bersetuju dengan kenyataan itu.

Walaupun masih ramai kanak-kanak miskin dan tinggal di kawasan luar bandar yang mengalami masalah kurang berat badan, berdasarkan kajian Popkin pada 2007 ke atas sembilan negara termasuk Amerika Syarikat, secara keseluruhan Mexico dilihat sebagai negara kedua paling cepat dalam peningkatan kadar obesiti kanak-kanak.

Kadar pertambahan obesiti paling cepat dicatatkan oleh Australia dan kajian itu turut membandingkan statistik kesihatan dalam tempoh dua dekad di negara itu.

Menurut kajian yang dijalankan Institut Kebangsaan Kesihatan Awam Mexico, masalah di negara berkenaan lebih tertumpu di bandar besar khususnya bandar Mexico dan berhampiran sempadan Mexico-Amerika Syarikat.

Kanak-kanak dan remaja yang menjadi kumpulan umur paling besar di Mexico mewakili 39 peratus daripada keseluruhan penduduknya yang berjumlah 112 juta orang. Daripada jumlah itu, lebih 28 peratus kanak-kanak berusia antara lima hingga sembilan tahun dan 38 peratus remaja berumur 10 hingga 19 tahun alami masalah gemuk atau obes. Ini statistik daripada Institut Keselamatan Sosial Mexico.

Di Amerika Syarikat, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan 12.5 juta atau 17 peratus kanak-kanak dan remaja berumur dua hingga 19 tahun obes. Wanita pertamanya, Michelle Obama cuba menangani isu ini dengan menjalankan kempen ‘Mari Bergerak’, menggesa diadakan makanan yang lebih baik di sekolah, mudah mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta lebih banyak aktiviti fizikal.

Di Brazil, negara industri baru seperti Mexico juga mengalami masalah yang sama. Hampir 19 peratus kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun gemuk dan 15 peratus lagi obes. Bagaimanapun, statistik yang diperoleh daripada kerajaan Brazil ini tiada data untuk remaja.

Menurut Institut Kesihatan Awam Mexico, masalah ini tidak hanya berlaku pada kanak-kanak kerana 70 peratus orang dewasa di negara itu juga gemuk atau obes.
Pihak berkuasa bercadang mensasarkan kanak-kanak dan remaja terlebih dulu kerana ia bukan saja mewakili jumlah yang besar di negara itu, malah dengan mengubah tabiat makan mereka dapat mencegah penyakit kencing manis dan penyakit lain pada masa akan datang.

“Lebih cepat masalah obesiti berlaku, lebih tinggi risiko kanak-kanak menjadi orang dewasa obes dan mendapat penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi. Kami melihat perkara ini sebagai satu darurat,” kata Leticia Martinez, ketua pakar pemakanan di Institut Kesihatan Awam Mexico.

Masalah obesiti di Mexico berlaku dalam semua peringkat sosial dan golongan miskin kurang mendapat pendedahan untuk menangani wabak ini. Dalam garis panduan baru yang diluluskan jabatan kesihatan dan pendidikan, bermula tahun ini tadika dan sekolah rendah diharamkan menjual minuman dan makanan ringan, malah program sarapan digantikan dengan makanan yang kaya dengan sayur-sayuran.
Sekolah menengah pula hanya dibenarkan menjual minuman tanpa gula, snek rendah kalori dan kerepek kentang dalam pek kecil.

Di sekolah rendah Republika Italiana, kanak-kanak beratur dalam tiga barisan untuk membeli makanan ketika rehat. Setiap barisan mewakili pilihan makanan yang berbeza. Pilihan yang ada ialah hot dog ayam belanda dengan roti dan tomato tanpa mayonis, ‘nopales’ atau kaktus yang boleh dimakan, hirisan lada benggala, tortila jagung atau kuaci atau satu sudu sorbet lemon serta timun dan lobak merah.

Pengetuanya, Yamille Bobadilla, berkata dia tidak boleh menghalau penjaja makanan ringan yang masih menjual minuman berkarbonat, piza dan beraneka kerepek di luar kawasan sekolah.

“Sesetengah kanak-kanak dan ibu bapa merungut dengan adanya larangan ini dan melihat saya sebagai orang ‘jahat’,” katanya.

Kempen menjaga berat badan di Mexico juga berhadapan dengan halangan lain iaitu tidak cukup pakar pemakanan di sekolah untuk membantu golongan yang memerlukan selain sukar mengubah tanggapan masyarakat yang menganggap bayi montel sebagai sihat.

“Apa saja tindakan untuk memperbaiki keadaan di sekolah sangat penting bagi melawan wabak ini (obesiti),” kata penasihat pemakanan dan nutrisi serantau untuk Organisasi Kesihatan Pan Amerika, Chessa Lutter.

Bermula tahun persekolahan 2010-2011, pegawai pelajaran mula meningkatkan jumlah masa untuk pendidikan jasmani daripada satu kepada tiga jam seminggu. Di sekolah Republika Italiana, sesetengah kanak-kanak termengah-me�ngah apabila disuruh bermain bola baling, menari menggunakan gelung rotan atau berlari di padang kerana berat badan berlebihan.

Di saluran televisyen kerajaan menunjukkan iklan bagaimana payahnya kanak-kanak me�ngangkat seguni bijirin - simbol kepada berat berlebihan di badan mereka sambil menggalakkan ibu bapa memasukkan anak dalam program mengurangkan berat badan.

Anghella adalah antara contoh kanak-kanak yang bakal mengalami penderitaan jika bantuan tidak diberikan.

Dari semasa ke semasa, neneknya membawa Anghella ke hospital untuk ditimbang berat badannya selepas disarankan supaya kanak-kanak berusia empat tahun ini mulai bersenam, minum banyak air kosong dan makan lebih sayur-sayuran serta buah-buahan.

Di rumah, apabila dia mahu mengambil makanan manis, Sucilla akan menepis tangan cucunya itu. Malah Anghella juga faham mengapa nenek�nya berbuat demikian kerana katanya ‘Saya tidak mahu jadi gadis gemuk!” - AP

~metro~

No comments:

Post a Comment